'Kedegilan' Diana Berhasil

Diterbitkan: Rabu, 26 Julai 2017 9:47 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Telefon Joe Chan tak henti-henti berdering apabila anak perempuannya Diana muncul juara musim kesembilan program masakan, MasterChef Australia, malam Isnin.

"Ya, telefon saya asyik berbunyi sejak Diana menang. Saya amat berbangga dengan Diana dan sangat gembira kerana dia menang. Sejujurnya, saya tak fikir dia akan berjaya sampai sejauh ini.

"Tukang masak yang berkaliber dalam program itu dan tekanan yang perlu dihadapi...saya tak pasti sama ada dia mampu mengatasinya. Tetapi dia telah membuktikan dia boleh," kata Chan, jelas bangga dengan anak perempuannya itu.

"Cuba bayangkan, dia ni degil orangnya. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan buat sungguh-sungguh untuk mendapatkannya," katanya.

Bagaimanapun, Chan hanya dapat menyaksikan segmen terakhir saingan final kerana masalah teknikal dari rumahnya di Johor Bahru.

"Saya melihatnya dalam cabaran pencuci mulut. Saya akan pastikan saya menonton episod penuh bila keadaan mengizinkan," katanya, sambil menambah dia tidak dapat menemani isterinya di Melbourne kerana komitmen kerja.

Diana, 29, yang merupakan seorang akauntan, menewaskan pesaingnya Ben Ungermann dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.

Dilihat sebagai peserta hebat sepanjang pertandingan, Diana berjaya mencuri perhatian juri dengan masakan dipersembahkan selain berjaya mengawal situasi dengan baik ketika mengharungi cabaran.

Pada pertandingan akhir itu, Diana antaranya menyediakan masakan iaitu ikan merah bersama sambal pedas iaitu resepi ibunya.

Ibu bapanya yang juga tukang masak adalah inspirasi Diana menyertai pertandingan itu.

Chan berkata: "Ibunya adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan di dapur. Dia seorang tukang masak yang sangat teliti dan tidak suka saya masuk dapur kerana mendakwa saya tak pernah meletakkan barang-barangnya di tempat asal.

"Itulah sebabnya saya mencuci dan memanggang makanan laut di luar. Mungkin dia dapat inspirasi selepas melihat saya mencuci dan memerap makanan laut saya dengan sambal. Tetapi saya rasa, ibunyalah yang banyak memberi inspirasi kepadanya," kata Chan.

Tags / Kata Kunci: Masterchef Australia , Diana Chan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan