MRT: Rakyat Nakal Boleh Didenda

Diterbitkan: Selasa, 25 Julai 2017 1:37 PM

Insiden seorang wanita menggantungkan buaian anaknya di dalam MRT tular sejak Isnin.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: MRT Malaysia menegaskan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukan undang-undang negara.

MRT Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa, menyatakan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991).

"Ia boleh membawa kepada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

"Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010," petik kenyataan MRT Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Terdahulu, kenyataan MRT Malaysia itu menyusul selepas tular di media sosial berhubung perbuatan vandelisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab pada kemudahan MRT.

Selepas beberapa kemudahan MRT dirosakkan, terbaharu tular pula seorang ibu bertindak menggantung buaian anak di dalam MRT.

Dalam pada itu, MRT juga menasihati agar orang ramai menjaga keselamatan apabila menaiki MRT dan tidak merosakkan kemudahan yang telah disediakan. - Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan