PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta - Berita Semasa | mStar

PPIM Berjaya, Mangsa Dapat Semula Kereta

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi berunding dengan pihak syarikat pengedar kereta AGR Auto Trade Sdn. Bhd. (AGR) pada pagi Isnin bagi menyelesaikan kemelut antara pemilik kereta dengan syarikat terbabit.

Kata Yusuf, pihak PPIM hadir bagi menemani mangsa untuk mengambil kunci pendua untuk membantu mereka mendapatkan kembali kereta dan bukannya bertujuan untuk melakukan provokasi.

"Harap tidak berlaku pertelingkahan, hanya datang nak berdamai dan ambil kunci," ujarnya.

Ketika rundingan tersebut, Yusuf mencadangkan agar laporan hitam putih dibuat oleh semua pihak yang terlibat untuk rujukan masa akan datang.

"Bila dah bagi pada pemilik kereta, pastikan mereka buat satu laporan dan setiap kereta perlu ada sekurang-kurangnya tiga laporan yang merekodkan kereta sudah dipulangkan.

"Satu laporan daripada tuan (AGR), mangsa dan penyewa. Kalau tuan bersetuju, perkara ini tidak akan berpanjangan," katanya kepada AGR melalui rakaman penstriman langsung di Facebook.

Difahamkan, pihak PPIM sudah diingatkan oleh pihak polis agar tidak menimbulkan sebarang masalah ketika proses rundingan dilakukan antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, isu mengenai perkara ini tercetus apabila 23 pemilik kereta mendapatkan bantuan PPIM kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan dan buntu selepas menerima notis hutang daripada pihak bank.

Mereka tampil bagi menuntut semula kenderaan masing-masing yang ditempatkan di sebuah pusat penyimpanan kenderaan di Kajang, Selangor.

Tags / Kata Kunci: Yusuf Azmi , PPIM
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan