Gantung Buai Bahaya - MRT

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 6:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Transit Aliran Massa (MRT) menyifatkan tindakan seorang ibu yang menggantung buaian anaknya di dalam pengangkutan awam itu sebagai amat membahayakan.

MRT dalam satu kenyataan turut menasihati semua penumpang supaya menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan itu dan tidak merosakkan kemudahan disediakan.

Menurut MRT, sekiranya individu atau kumpulan ditangkap melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991).

Malah, pelaku vandalisme turut boleh dikenakan denda RM 2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

Tindakan wanita yang menggantung buaian anaknya di dalam MRT dikecam netizen.

"Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010," demikian menurut kenyataan itu.

Terdahulu, mStar Online melaporkan tindakan seorang wanita yang mengejutkan penumpang MRT apabila menggantung buaian anaknya pada senggayut pemegang tempat berdiri.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menjadi tular di laman media sosial dan dikecam netizen.

Seorang pengguna Facebook, Nana Abd Rashid berkongsi status mengenai peristiwa itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.

"Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT... alahai...," tulisnya di Facebook.

Tags / Kata Kunci: MRT , buaian

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan