Kutipan Caj Beg Plastik Cecah RM1.87 Juta

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 5:56 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebanyak RM1.87 juta dikutip daripada orang ramai menerusi caj 20 sen bagi setiap beg plastik sejak kerajaan Selangor melaksanakan kempen 'Bebas Beg Plastik' bermula 1 Jan lepas, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu pada Isnin.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri Elizabeth Wong berkata kutipan itu hanya membabitkan peniaga pasar raya dan premis makanan yang memaklumkan menerusi laporan data kutipan caj 20 sen dari Januari sehingga Mei lepas kepada kerajaan negeri menerusi persatuan peniaga masing-masing.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 63.98 peratus kutipan membabitkan peniaga pasaraya manakala selebihnya membabitkan peniaga premis makanan," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Lee Kee Hiong (DAP-Kuala Kubu Baharu) yang bertanya mengenai statistik kutipan 20 sen beg plastik yang diperoleh peniaga menerusi pelaksanaan kempen 'Bebas Beg Plastik' di  Selangor.

Menjawab soalan Lee mengenai kos pelaksanaan kempen berkenaan, Wong (PKR-Bukit Lanjan) berkata sehingga 30 Jun lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan RM213,678.30 termasuk bagi pembelian poster, pembelian bunting dan pembelian beg ‘non woven'.

Sebelum ini, Wong berkata caj 20 sen yang dikenakan bagi setiap beg plastik adalah selaras dengan kempen 'Bebas Beg Plastik' di Selangor, menyebabkan pelbagai pihak mengkritik tindakan itu kerana menganggapnya sebagai membebankan orang ramai. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Caj Beg Plastik

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan