Mangsa Kelima Wabak Anjing Gila Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 11:15 AM

KAKITANGAN Bahagian Kesihatan Awam Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menangkap dua ekor anjing liar semasa operasi mengawal penularan wabak Rabies atau anjing gila di sekitar Jalan Semaba petang 23 Julai 2017. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) malam Ahad.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa Tinding Lambang, 52, daripada Kampung Remun, Serian meninggal pada pukul 10:43 malam.

“Penyebab kematian adalah ‘rabies with underlying pulmonary tuberculosis',” katanya.

Beliau berkata berikutan kematian terbaharu itu semua lima kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia.

“Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini,” katanya menurut Bernama.

Tinding mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu.

Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan dan dimasukkan ke HUS pada 11 Julai untuk rawatan lanjut.

Kematian Tinding yang juga mangsa dewasa pertama menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kepada lima orang di Sarawak.

Dua adik beradik dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Serian, Monica Mazlan, 6 dan Jackson Mazlan, 4, meninggal dunia pada 4 Julai lepas sementara mangsa ketiga  Alicesa Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebor, Gedong meninggal dunia pada 13 Julai.

Mangsa keempat Florancesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian, meninggal dunia pada 17 Julai.

Sementara itu Noor Hisham berkata sebanyak 20 kawasan di dalam tiga bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh kerajaan negeri.

"Sehubungan itu aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia ada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Rabies , Wabak Anjing Gila

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan