MRT: Netizen Kecam Pelaku Vandalisme

Diterbitkan: Isnin, 24 Julai 2017 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Netizen mengecam tindakan vandalisme dalam kalangan pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang tidak bertanggungjawab, seminggu selepas laluan itu dibuka untuk orang ramai.

Kebanyakan menyifatkan pelaku mempamerkan mentaliti dunia ketiga meskipun kemudahan bertaraf dunia disediakan untuk memudahkan mereka.Malah ada netizen menggesa agar hukuman tegas dikenakan terhadap pelaku tersebut.

"Kita perlu jadi seperti Singapura di mana lebih hukuman diperlukan dan juga menghukum pelaku seperti dilakukan Singapura terhadap warga Amerika Syarikat Michael Fay sebelum ini," kata Thomas Chan dalam komen di Facebook.

Sevar Gill turut berpendapat hukuman lebih berat termasuk sebat perlu dikenakan untuk mengelakkan perbuatan tidak bertanggungjawab berulang lagi pada masa hadapan.

"Belajar dari negara jiran. Sentiasa kenakan penguatkuasaan yang ketat," katanya.

Merrick MK handjojo berkata perbuatan vandalisme tidak sepatutnya berlaku di negara-negara maju.

Ronnie Cheam menggesa pihak berkuasa untuk memasang lebih banyak kamera memandangkan MRT merupakan projek baharu.

Awang Selamat Karim berkata tidak kira bahan yang digunakan untuk melakukan vandalisme ia masih akan merosakkan kemudahan tersebut.

Katanya, jalan penyelesaian adalah untuk mendidik pelaku mengenai nilai harta benda awam dan mengajar mereka mengenai kesedaran sivik.

Tags / Kata Kunci: vandalisme , MRT

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan