Jumlah Penumpang Harian MRT SBK Lepasi Paras 140,000

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 9:58 PM

-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah penumpang harian Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-–Kajang (SBK) telah melepasi paras 140,000 dengan angka pada Sabtu mencatatkan sejumlah 142,313 penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berharap rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor akan terus menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan dan tidak lagi memandu kenderaan sendiri untuk memasuki bandar.

“Jumlah penumpang harian adalah paling tinggi pada minggu hari bekerja. Dalam kes ini, kita mencatatkan 142,313 pada hujung minggu, pada hari Sabtu. Berdasarkan laporan hari ini daripada kakitangan peringkat bawahan, kita bakal mencacatkan bilangan tertinggi penumpang hari ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Ketika melancarkan Fasa Dua MRT Laluan Sungai Buluh-Kajang pada 17 Julai, Perdana Menterti Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambang percuma perjalanan antara Kajang dan Muzium Negara pada hari tersebut, sekali gus mencatatkan kira-kira 100,000 penumpang menggunakan MRT pada hari itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan diskaun 50 peratus tambang untuk semua perjalanan MRT dan perkhidmatan rel lain Rapid KL – LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling dan perkhidmatan monorel sehingga Hari Merdeka pada 31 Ogos.

“Kita mencatatkan jumlah penumpang harian sebanyak 90,409 pada 18 Julai dan meningkat kepada 96,887 penumpang pada 19 Julai . Kita mencatatkan 95,009 penumpang pada 20 Julai dan kita melepasi angka 100,000 pada Jumaat, 21 Julai dengan jumlah penumpang harian mencatatkan 110,782 dan semalam mencatatkan 142,313 penumpang," kata Zohari.

“Sememangnya, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penumpang atas sokongan mereka. Kami benar-benar berharap mereka akan terus menggunakan rangkaian pengangkutan awam Rapid Rail merangkumi LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling , perkhidmatan Monorel dan MRT Sungai Buloh-Kajang, yang dikendalikan oleh Rapid KL,” kata beliau.

Fasa Satu MRT Laluan Sungai Buloh-Semantan dilancarkan pada 15 Disember tahun lepas dan beroperasi pada hari berikut dengan mencatatkan jumlah penumpang harian 15,000. -Bernama

Tags / Kata Kunci: MRT SBK , RapidKL , Datuk Zohari Sulaiman

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan