Malaysia Antara 10 Negara Terjejas HIV - PBB

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 11:17 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Malaysia adalah antara 10 negara, yang secara keseluruhannya,  mencatat lebih 95 peratus bagi semua jangkitan baharu HIV di rantau Asia Pasifik, demikian menurut satu laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan itu yang dikumpulkan oleh Program Bersama PBB mengenai HIV/AIDS (UNAIDS) ‘Ending AIDS: Progress Towards the 90-90 Targets”, berkata sembilan negara Asia Pasifik dengan kawasan yang luas jangkitan baharu HIV pada 2016 adalah India, China, Indonesia, Pakistan, Vietnam, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina dan Thailand.

Ia juga mengandungi analisis meluas mengenai sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2020 apabila 90 peratus daripada mereka yang didiagnosis dengan HIV harus dapat mengakses terapi retroviral (ART) dan 90 peratus daripada mereka yang mengambil ART akan mengurangkan fungsi dan replikasi virus.

Buat kali pertama dalam memerangi AIDS, lebih separuh daripada mereka yang hidup dengan virus HIV sekarang mempunyai akses kepada rawatan, manakala kematian yang disebabkan AIDS telah dikurangkan hampir 50 peratus sejak tahun 2005, menurut laporan itu.

Berdasarkan laporan itu, jangkitan HIV di 10 negara  itu berlaku terutamanya di kalangan pekerja seks dan pelanggan mereka, lelaki gay dan lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, orang yang menggunakan dadah dengan suntikan, orang transgender dan lain-lain.

Bagaimanapun, satu sinar harapan yang kelihatan di rantau ini adalah angka tahunan jangkitan HIV baharu menunjukkan penurunan 13 peratus dalam tempoh enam tahun lalu, daripada 310,000 pada 2010 kepada 270,000 pada 2016.

Satu lagi kemajuan yang menggalakkan, menurut laporan itu, adalah sekitar 19.5 juta daripada 36.7 juta orang di dunia yang mendapat jangkitan HIV mempunyai akses kepada rawatan, yang menunjukkan kematian berkaitan AIDS, menurun daripada 1.9 juta pada tahun 2005 kepada satu juta.

Sasarannya adalah untuk meletakkan 30 juta orang di seluruh dunia dalam rawatan menjelang tahun 2020.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: HIV , PBB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan