Hisham Cabar Tun M Bukti Keberanian Di Pekan

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

LIPIS: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekadar kenyataan bersifat populis.

Beliau juga melihat kenyataan itu bertujuan mengganggu tumpuan anggota Umno kerana dibuat ketika UMNO bahagian sedang sibuk mengadakan persidangan perwakilan.

“Saya tengok itu merupakan kenyataan bersifat populis, kalau Tun Dr Mahathir berani bertandinglah di Pekan, saya cabar dia.

"Kalau dia berani, saya sendiri dan Datuk (Seri) Dr Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun pertahankan kedudukan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai Presiden parti... jadi kalau berani bertandinglah," katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands di Sungai Koyan, di sini, Ahad yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Cameron Highlands yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau diminta mengulas berhubung kenyataan  Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pakatan Harapan akan kemungkinan bertanding pada PRU ke-14 dan mencari kawasan sesuai termasuk Pekan sekiranya keadaan memerlukan.

Mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berhubung sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan sekarang mengatasi sokongan kepada BN, Hishammuddin berkata kenyataan itu hanya satu andaian menjelang PRU-14.

Menyentuh hasrat perwakilan Umno Cameron Highlands yang mahu kawasan berkenaan ditandingi oleh Umno dan bukan lagi MIC pada PRU akan datang, Menteri Pertahanan itu berkata usul tersebut akan dibawa ke peringkat  pimpinan tertinggi untuk diperhalusi.

"Kita kena tengok calon yang boleh diterima rakyat dan yang penting dalam keadaan sekarang, anggota dalam dewan (persidangan) ini sahaja tidak mampu memenangkan calon kita.

"Jika tanpa sokongan semua kita tidak akan mampu menang di kawasan yang mempunyai berbilang kaum. Namun saya beri jaminan kepada mereka, apa jua keputusan pucuk pimpinan kelak adalah demi keutuhan parti," katanya.

Wan Rosdy dalam ucapannya sebelum itu menyatakan 39 daripada 40 cawangan di bahagian berkenaan mahukan calon Umno bertanding di kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Ini berdasarkan  jumlah pengundi Melayu dan Orang Asli yang kini mewakili 55 peratus dan kemenangan calon BN pada pilihan raya umum lalu, Datuk Seri G. Palanivel daripada MIC banyak dibantu oleh majoriti tinggi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai selepas BN tewas di kerusi DUN Tanah Rata.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hishammuddin , Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan