Elak Diratah Pihak Asing - Hadi

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mengajak umat Islam seluruh dunia supaya bersatu bagi mempertahankan Islam daripada direndah-rendahkan pihak luar.

Beliau berkata pada masa ini umat Islam "diratah" di seluruh dunia terutamanya melibatkan penduduk di Palestin dan beberapa negara Asia Barat yang lain.

"Sekarang umat Islam diratah di seluruh dunia... umat Palestin; mereka adalah penduduk Baitulmaqdis, penjaga Baitulmaqdis. Sekiranya umat bersatu cahaya Islam tidak akan terpadam, " katanya.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata demikian ketika menyampaikan pidato pimpinan Islam sedunia sempena malam kemuncak Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia ke-4 yang diadakan selama tiga hari bermula Khamis lepas.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara itu, Tuan Ibrahim ketika membacakan resolusi 20 perkara yang dicapai pada ijtima itu, berkata ijtima antarabangsa itu mengecam sekeras-kerasnya tindakan terkutuk rejim Zionis dengan penutupan Masjidil Aqsa yang bertujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

Resolusi lain, beliau berkata menangani permasalahan dan isu umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim, mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dengan negara majoriti Muslim agar kekuatan Islam dapat digarap secara berkesan dan dapat menaungi umat Islam yang lemah.

Mempelopori usaha untuk mengharmonikan isu-isu khilafiyah di kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam, katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Abdul Hadi Awang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan