Dua Lagi Diisytihar Kawasan Wabak Anjing Gila

Diterbitkan: Ahad, 23 Julai 2017 10:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak  mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila yang didapati positif iaitu di kawasan Kampung Entubuh, Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba, di sini.

Sekretariat JPBN Sarawak dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd pagi Ahad.

"Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan berkenaan. Oleh itu, semua masyarakat terutamanya di kawasan terbabit dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ianya berkeliaran," kata kenyataan itu.

Sekretariat itu berkata berikutan tambahan dua kawasan itu jumlah kawasan wabak telah bertambah kepada 20 kawasan.

"Di Serian, kawasan terjejas ialah Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, Pekan Siburan, Bandar Serian dan Batu 45, Kuching-Sri Aman.

"Di Tebedu pula selain Kampung Entubuh, kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Temong Mura manakala di Sri Aman ialah Rumah Janta Punggu Mawang," katanya.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: anjing gila , Tebedu

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan