Tun M Tak Layak Sentuh Sistem Kehakiman Negara - Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 8:32 PM

Khairy Jamaluddin mendengar ucapan Ketua Bahagian Umno Taiping Datuk Shalimin Ahmad Shaffie ketika hadir untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Taiping pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BAGAN SERAI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak dan tidak mempunyai kredibiliti untuk menyentuh isu kehakiman di negara ini, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata Dr Mahathir perlu sedar bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan krisis Perlembagaan di negara ini pada tahun 1988.

"Krisis Perlembagaan pada tahun 1988 berlaku apabila beliau memecat Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas serta lima lagi hakim kanan dan (krisis) itulah yang hendak kita pulihkan sampai hari ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bagan Serai, Sabtu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mengulas status beliau di Twitter hari ini (Sabtu) yang menyebut: “With all due respect, Tun Mahathir has no credibility to speak about the judiciary. An institution emaciated during his primiership" (Dengan segala hormat, Tun Mahathir tidak mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai badan kehakiman. Sebuah institusi yang menjadi lemah semasa pentadbiran beliau).

Awal bulan ini, sambil menyatakan sokongan kepada Anwar untuk diangkat menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mendakwa bekas timbalannya itu tidak dilayan dengan adil serta keputusan mahkamah dalam kes Anwar jelas dipengaruhi kerajaan.

Anwar dikenakan hukuman penjara lima tahun pada Februari 2015 kerana kesalahan liwat.

Beliau pertama kali dipenjarakan pada 1998 kerana kesalahan rasuah dan liwat.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Tun M

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan