#RaiseTheFlagMY Serlah Nilai Patriotik Warga SMG

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPENA pelancaran kempen Raise The Flag menjelang sambutan Hari Kebangsaan, StarTV menghasilkan gabungan susunan lagu istimewa Jalur Gemilang karya Pak Ngah dan Siso Kopratasa serta Saya Anak Malaysia oleh komposer, Dr Sam.

Kakitangan Kumpulan Media Star (SMG) turut mengambil bahagian dalam menghasilkan klip video berdasarkan muzik yang dicipta StarTV secara 'in-house' ini.

Kempen tersebut bakal bermula pada 24 Julai dengan paparan istimewa empat muka surat berlatarkan Jalur Gemilang.Hashtag #RaiseTheFlagMY di laman media sosial sepanjang dua bulan mampu menggalakkan rakyat Malaysia berasa bangga dan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang.

Dalam masa sama aktiviti ini juga turut menggalakkan semua pihak memupuk semangat patriotik bersesuaian dengan penganjuran Sukan SEA yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini, diikuti Sukan Para Asean antara 17 hingga 23 September depan.

Pembaca digalakkan untuk menguji kreativiti mereka dan cuba mereka bentuk bendera dan contoh kemeja-t bertemakan Negaraku, selain bergambar di kalangan rakan dan keluarga.

Selain itu, warga Malaysia dalam dan luar negara juga akan menceritakan pengalaman menarik mereka serta memori mengenai perpaduan kaum di negara ini, lokasi menarik dan pelbagai lagi menerusi beberapa platform, termasuk The Star Online, StarTV, selain portal mStar Online, Suria FM dan 988.

Penaja utama kempen ini adalah Aset Kayamas Sdn Bhd, manakala Malaysian Resources Corporation Bhd. sebagai penaja bersama, serta rakan penganjur adalah Sunsuria Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Beberapa acara telah diatur untuk memeriahkan kempen ini dengan penyertaan selebriti dan personaliti terkenal negara termasuk Ride For Malaysia di Sepang pada 30 Julai ini.

Sebarang tempahan atau pertanyaan berkaitan edisi khas 24 Julai ini, atau isu mengenai Raise The Flage untuk 28 Julai, 12 Ogos, 18 ogos dan 14 September boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan The Star 1-300-88-7827 (Isnin-Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang).

Tags / Kata Kunci: #RaiseTheFlag , Star Media Group

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan