Mengidam Durian, Jom Masuk Peraduan!

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 11:52 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bukan wang tunai, bukan tiket penerbangan tapi hadiah bagi peraduan ini adalah durian1

Sukar untuk dipercayai, tetapi itulah hakikatnya apabila seorang peniaga durian di Kuala Langat cuba mencipta kelainan dengan menawarkan hadiah durian kepada pemenang peraduan yang dianjurkannya.

Azlan Jamiran, 31, berkata peraduan ini terbuka kepada ibu-ibu mengandung, khususnya yang mengidam makan durian.

"Mudah saja, hanya perlu hantar gambar 'baby bump' di Facebook kami dan gambar paling menarik akan dipilih sebagai pemenang.

"Satu lagi cara ialah dengan 'tag' nama mana-mana wanita yang sedang mengandung dan kami akan pilih seorang pemenang bertuah, jadi si pemenang bolehlah berkongsi hadiah dengan orang yang 'tag' nama mereka itu," katanya kepada mStar Online, Sabtu.

Azlan berkata, peraduan itu dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana musim durian tahun ini selain menghargai golongan wanita hamil yang sanggup datang dari jauh ke tapak jualannya, Warung Wak Jam yang terletak di Teluk Panglima Garang.

Menurut Azlan, selain pelanggan pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama, terdapat juga kelompok pelanggannya yang terdiri daripada ibu-ibu mengandung.

"Walaupun di tempat mereka ada jual durian, mereka tetap ajak suami mereka jauh-jauh datang ke sini sebab nak makan durian kampung segar dan baru," katanya.

Azlan berkata, durian yang dijualnya mempunyai keistimewaan dari segi cara jualan dan buah itu sendiri yang mempunyai peminat dan keenakan tersendiri.

Jelasnya, tidak seperti peniaga lain, beliau hanya menetapkan hari-hari tertentu untuk menjual durian yang dibawa khas ke tempatnya dari Batu Kurau, Perak.

Katanya, promosi dan hebahan tentang masa dan tarikh jualan dilakukan di Facebook.

"Bila masuk saja musim durian kampung, kita terus buat jualan cara ini.

"Buah akan dibawa dari Batu Kurau pada waktu pagi dan dijual terus kepada pelanggan apabila ia sampai di sini pada waktu petang," katanya.

Azlan berkata, durian dijual pada harga RM16 hingga RM18 untuk setiap kilogram, dengan jualan akan datang dijadualkan pada Ahad (23 Julai) bermula pukul 4.30 petang.

Tambahnya, kebanyakan pelanggannya menggemari durian Batu Kurau disebabkan rasanya yang lebih 'bergas'.

Katanya, pemenang bagi kedua-dua kategori akan dipilih Ahad pagi dan mereka akan dihubungi untuk menuntut hadiah durian yang dijanjikan!


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan