YB KJ, Tunggu Saya Bawa Kuih Kapit!

Diterbitkan: Sabtu, 22 Julai 2017 7:00 AM

Muhd Farid yang kelihatan malu-malu semasa perbualan mengenai hasratnya untuk berjumpa dengan Khairy Jamaluddin. Foto ihsan Syed Azmi

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Impian seorang pelajar autisme yang pakar membuat kuih kapit untuk menemui Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bakal direalisasikan.

Muhd Farid Fakhruddin Md Fauzan, 19, berkata, dia merupakan insan paling gembira sekiranya hasrat untuk berjumpa dengan menteri lebih dikenali sebagai KJ itu tercapai.

“Dah lama saya teringin sangat nak jumpa dengan YB KJ. Kalau dapat jumpa, saya nak beri kuih kapit sebab saya pandai buat kuih kapit.

“YB KJ, tunggu saya bawa kuih kapit!” kata pelajar semester dua Sijil Asas Kulinari di Kolej Komuniti Selayang ini ketika dihubungi mStar Online.

Pada Jumaat, hasrat anak kelahiran Kota Bharu itu dikongsikan seorang aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi di Facebook.

Muhd Farid ketika diajukan soalan oleh Syed Azmi mengapa mahu berjumpa Ahli Parlimen Rembau itu, berkata: “Saya selalu dengar dia (KJ) di radio dan saya teringin nak jumpa dia sebab dia jaga belia. Saya belia juga walaupun saya ada autisme. Saya cuba berniaga sendiri dan kat sini saya duduk sendiri dan jaga diri sendiri. Duduk satu bilik dengan pelajar pekak.”

Reaksi Khairy susulan 'posting' yang dimuat naik Syed Azmi di Facebook.

Menurut anak muda yang menjalani latihan amali di kafe Inspired Kitchen di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya ini, dia mahu menghadiahkan dua balang kuih kapit sekiranya berpeluang bertemu KJ.

Susulan ‘posting’ itu, dalam masa sejam, KJ menjawab pertanyaan netizen di laman sosial untuk memberikan peluang kepada Muhd Farid: “Saya akan berjumpa dengan dia.”

Ibu Muhd Farid iaitu Roselina Mohamad Mahiddin, 52, bersyukur dan berterima kasih kepada Khairy dan semua pihak yang berusaha untuk membantu memenuhi hasrat anaknya, sambil menambah bahawa autisme bukan penghalang untuk berjaya.

“Bukan mudah untuk ibu bapa membesarkan anak autisme, tetapi percayalah bahawa kesabaran itu penting terutama menyokong minat mereka.

“Kami sekeluarga memberi dorongan kepada Farid yang berminat dalam bidang masakan. Dia memang suka buat dan jual kuih kapit. Mungkin sebab itulah Farid nak hadiahkan kuih kapit kepada YB KJ,” katanya mengenai Farid yang bercita-cita untuk menjadi pengusaha trak makanan.

Dalam pada itu, Syed Azmi berkata, dengan kuasa tular dan kerjasama netizen yang luar biasa, permintaan pelajar austime itu mendapat respons Khairy dengan pantas.

“Alhamdulillah, sudah ada maklum balas daripada KJ dan disahkan sendiri oleh pegawai khasnya. Cuma cara, bila dan di mana pertemuan itu belum ditetapkan.

“Apa yang saya ingin katakan adalah mereka yang menghidap autisme juga ada peluang dan rakyat biasa juga boleh melakukan banyak perubahan,” katanya. 

Tags / Kata Kunci: KJ , kuih kapit

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan