Tun M Pertahan Layanan Terhadap Anwar Pada 1998

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 5:14 PM

Dr Mahathir (kiri) dan Anwar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan layanannya terhadap ketua umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Mengulas soalan yang diajukan di Facebook yang dirakamkan secara langsung mengenai adakah beliau kesal dengan sebarang layanan terhadap Anwar, bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya "bertindak balas terhadap situasi ketika itu".

"Tetapi keadaan adalah berbeza sekarang," kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu temuramah dengan wartawan dan pengerusi Nation Multimedia Group dari Thailand, Suthichai Yoon.

"Jika kita terus membangkitkan masa lalu, anda tidak dapat bekerja dengan sesiapa pun. 

"Saya tidak marah mengenai masa lalu, beliau juga tidak marah mengenai perkara yang lepas," kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan.

Dr Mahathir turut menyifatkan Anwar sebagai "cukup berupaya" untuk menjadi perdana menteri, sambil menambah bahawa perdana menteri Malaysia yang akan datang "tidak akan begitu kuat seperti yang sekarang".

Anwar merupakan timbalan perdana menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir pada 1998, namun Anwar kemudiannya dipecat dari Kabinet.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan