Nik Yam Dilamar, 'Badak' Tinggal Kenangan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Julai 2017 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gadis yang pernah dipanggil ‘badak’ oleh seorang pemuda yang bertemu dengannya selepas berkenalan di Facebook kini telah bertunang dan menjalani kehidupan lebih positif.

Nik Yam Chik Zainab Nik Abdul Rahman, 23, berkata, selepas empat tahun peristiwa itu berlalu, tiada apa lagi yang mahu disampaikan kepada lelaki yang pernah menghina saiz badannya itu.

Kisah gadis ini yang kini telah berubah dan bertubuh langsing tular di media sosial dengan rata-rata kagum dengan semangatnya dan tak kurang juga menyatakan rasa geram mereka kepada lelaki berkenaan.

Nik Yam ketika dihubungi mStar Online berkata beliau telah pun menyampaikan kata-kata akhirnya kepada lelaki itu yang ditemuinya di Kota Bharu sekitar Februari 2013, sebelum memadam nombor telefon dan menyekatnya di Facebook.

“Saya cakap kalau nak ikutkan, dia pun taklah sempurna mana, saya boleh je mengata dan cari kekurangan dirinya tapi saya tak buat macam tu. Kawan yang teman dia jumpa saya dan gelakkan saya pun sebenarnya gemuk juga.

“Mungkin dia malu lepas saya cakap macam tu, dia diam macam tu saja dan lepas tu saya berhenti berhubung dengannya dan block dia di FB sampai sekarang,” katanya.

Pelajar tahun tiga Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (Upsi) ini berkata, banyak perkara yang dapat dipelajarinya apabila menjadi seorang yang berbadan besar.

Beliau yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini berkata, berdasarkan pengalamannya, terlalu ramai lelaki pada masa ini yang begitu mementingkan paras rupa dan bentuk badan menarik dalam memilih pasangan.

Bagaimanapun beliau tidak menolak masih wujud lelaki yang jujur dan lebih mengutamakan kecantikan dalaman seseorang wanita.

“Terlampau ramai, saya sendiri hilang ramai kawan lelaki bila berat badan naik mendadak," katanya sambil menambah berat badannya ketika itu adalah 85kg.

Katanya, walaupun teruk dihina, beliau tetap tidak mengamalkan diet sehinggalah beliau bertemu dengan seorang jejaka, Shah Hairil Amrizal Sabri, 22, yang kini bergelar tunangnya, beberapa bulan selepas peristiwa tersebut berlaku.

Nik Yam berkata, dalam keadaan dirinya yang masih gemuk, lelaki yang turut dikenalinya di Facebook itu tidak malu berkawan dengannya, menghormatinya dirinya, malah sudi melamarnya sebelum beliau melanjutkan pengajian di Upsi.

“Dia terima saya masa gemuk. Dia tak pernah tegur, tak suruh saya diet, tapi bila dia tengok saya tersiksa berdiet, dia cuma cakap jangan paksa diri…dia tak kisah langsung walaupun dia kurus dari saya.

“Cuma bila orang gemuk berpasangan dengan orang kurus, terfikir juga apa pandangan kawan-kawan dia, kesian pula padahal dia tak kisah, dari situlah saya mula diet,” katanya yang kini mempunyai berat badan ideal 60kg.

Nik Yam (kiri) bersama tunangnya.

Anak ketujuh daripada lapan adik-beradik ini menasihatkan gadis-gadis berbadan besar yang dihina atau diejek supaya berfikiran positif untuk mengubah diri.

Malah, beliau juga tidak keberatan untuk berkongsi tips dan pengalaman bagi membakar semangat gadis bertubuh gempal yang ingin kurus daripada terus dihina.

“Bila kita gemuk, akan ada satu masa orang hina kita, anggaplah Allah hantar seseorang untuk tegur kita, tapi dengan cara kasar.

“Tanpa ada orang yang suka mengata, menghina ini, kita takkan ada kesedaran. Mahu atau tak kita kena terima dan usaha untuk kurus,” katanya.

Mengenai tips untuk kurus, Nik Yam berkata, beliau lebih banyak berpuasa kerana jadualnya sebagai seorang pelajar mengekang amalan diet atkins yang kebanyakannya memerlukan makanan dimasak sendiri.

“Kalau saya rasa tak  selesa dengan badan, saya diet, lagipun saya pelajar, bila exam berjaga sampai malam dan banyak berfikir mudah lapar,” katanya.

Jika berpuasa beliau akan minum 1.5 liter air kosong ketika bersahur dan berbuka dengan dua pinggan sayur dan kemudian minum 1.5 liter air lagi.

Tags / Kata Kunci: diet Atkins , pengalaman gemuk , tips kurus

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan