Saya Hanya Akan Tanding PRU-14 Jika Keadaan Terdesak - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 6:58 PM

Dr Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KULIM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bertanding di mana-mana kawasan sekiranya keadaan terdesak apabila tiada calon pilihan yang bersesuaian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui pada majlIs Jamuan Hari Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah berkata, sehingga kini keadaan itu tidak timbul kerana parti itu masih mempunyai ramai calon yang layak.

“Saya tak tentukan lagi, saya akan bertanding ataupun tidak, cuma dalam keadaan terdesak sahaja barulah saya akan bertanding tapi di waktu ini tak nampak terdesak,” katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan Pengerusi PPBM itu akan bertanding pada PRU-14.

Sementara itu, Dr Mahathir menyifatkan hasrat PAS untuk bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen di Kedah hanya untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kemasukan PAS dalam sesebuah kawasan akan mendorong pertandingan tiga penjuru dan ini akan memberi kelebihan kepada BN.

Bagi PPBM pula, Dr Mahathir yakin parti itu mendapat sokongan anggota PAS disebabkan berlaku perpecahan di kalangan mereka selain hilang keyakinan kepada kepemimpinan tertinggi PAS. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan