Tiada PRK Dun Lenggeng - SPR

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Lenggeng bagi mengisi kekosongan luar jangka. 

Ahli SPR, Datuk Md Yusop Mansor berkata, SPR telah menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Dr Awaludin Said berhubung kekosongan kerusi DUN Lenggeng ekoran kematian penyandangnya Datuk Ishak  Ismail pada 18 Julai lalu.

Beliau berkata, peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Perkara 56(5) menyatakan bahawa kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak boleh lagi diisi dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri berakhir, melainkan Speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut.

Berdasarkan surat pemakluman yang diterima, beliau berkata Speaker DUN Negeri Sembilan tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu. 

Berikutan tempoh mandat DUN Negeri Sembilan pada PRU13 pula melebihi tempoh tiga tahun, SPR memutuskan PRK tidak akan dijalankan bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi kerusi berkenaan selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, katanya.

Ishak meninggal dunia kira-kira 11.25 malam Selasa lepas akibat serangan jantung di Hospital Tengku Ampuan Najihah di Kuala Pilah. 

Allahyarham dilaporkan pengsan ketika menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Adun Seri Menanti, Datuk Abdul Samad Ibrahim di Seri Menanti sebelum dibawa ke hospital.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Ishak menang dengan majoriti 2,058 undi menewaskan Zulkefly Mohamad Omar daripada PAS dan Zulkifli Abdullah, calon bebas. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan