Tiada Kes Terbaru Penyakit Anjing Gila - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 11:04 PM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang laporan baharu kes penyakit anjing gila atau rabies di negara ini dan keadaan adalah terkawal, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, kes di Melaka baru-baru ini juga disahkan tiada jangkitan penyakit itu setelah kanak-kanak enam tahun yang dirawat di Hospital Melaka kerana mempunyai simptom rabies telah dibenarkan pulang dan ujian yang dijalankan juga adalah negatif.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tahunan MIC Bahagian Kota Melaka di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata kementerian bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar terus melakukan pemeriksaan terhadap anjing liar, anjing yang dipelihara dan kucing bagi mengawal penularan penyakit itu.

“Kementerian tidak terlibat secara langsung dalam pemberian vaksin kepada haiwan dan itu di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar...mereka mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tersendiri dalam memberi vaksin kepada binatang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata, kerajaan pusat telah menyalurkan bantuan sebanyak RM500,000 bagi membina dewan untuk kegunaan masyarakat India di Melaka.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada MIC Bahagian Kota Melaka kerana mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti kursus latihan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan dan ekonomi orang ramai khususnya suri rumah.

“Aktiviti itu bukan hanya mampu menambah pendapatan isi rumah tetapi turut sama membantu mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat.

“Usaha ini adalah satu daripada perkara yang terdapat dalam ‘Blue print’ masyarakat India untuk membangunkan usahawan kecil secara lebih luas dalam usaha membasmi kemiskinan,” katanya. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan