Krisis Dalam MTUC: Setiausaha Agung Nekad Teruskan Tugas

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 12:04 PM

J. Solomon.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon (gambar) nekad untuk meneruskan tugasnya walaupun Presiden MTUC, Abdul Halim Mansor menegaskan jawatan itu perlu dikosongkan dan satu pemilihan semula diadakan dengan segera.

Abdul Halim juga mendesak pemilihan semula diadakan untuk jawatan naib presiden (sektor swasta).

Menurut Solomon, keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan naib presiden (sektor swasta) dan setiausaha agung bukan satu keputusan kolektif seperti mana yang disebutkan oleh Abdul Halim dalam laporan media pada 17 Julai lalu.

"Satu-satunya keputusan kolektif yang dibuat oleh Majlis Am MTUC adalah dalam hal membatalkan kelayakan dua perwakilan iaitu Kamarul Bahrin Mansor, yang merupakan naib presiden (sektor swasta) dan Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali sebagai ahli Majlis Am. Dengan keputusan kolektif ini, kedua-dua Kamarul Bahrin dan Dauzkaply dengan serta-merta terbatal menjadi ahli atau wakil MTUC.

"Kelayakan Kamarul Bahrin dan Dauzkaply dibatalkan secara sebulat suara oleh Majlis Am kerana adanya bukti kukuh yang mengesahkan bahawa mereka bukan pegawai ataupun kakitangan kesatuan yang mereka wakili seperti mana yang telah mereka dakwa sebelum ini. Kedua-dua mereka juga membuat pengakuan terbaru ini dalam mesyuarat Majlis Am pada 16 Julai," ujar Solomon.

Lanjutan daripada pembatalan kelayakan mereka, Kamarul Bahrin tidak boleh menyandang jawatan sebagai salah seorang naib presiden (sektor swasta) berkuat kuasa serta-merta, jelas Solomon lagi.

Dan menurut beliau, calon jawatan itu boleh diisi oleh Majlis Am mengikut Peraturan 10(8) Perlembagaan MTUC untuk tempoh sebelum Persidangan Perwakilan.

Bagaimanapun, Majlis Am pada 16 Julai yang dipengerusikan oleh Abdul Halim memutuskan opsyen mengadakan pemilihan semula bagi kesemua tujuh (7) kerusi jawatan naib presiden sektor swasta.

"Dauzkaply pula telah bertanding dua (2) jawatan iaitu jawatan setiausaha agung pada Persidangan Perwakilan MTUC yang berlangsung pada bulan November tahun lalu dan jawatan setiausaha Bahagian Negeri Sembilan pada bulan Mei baru-baru ini. Dauzkaply tewas dalam pemilihan bagi jawatan setiausaha agung tetapi menang jawatan setiausaha Bahagian Negeri Sembilan. Oleh itu, lanjutan daripada pembatalan kelayakan Dauzkaply, pemilihan semula hanya perlu diadakan bagi jawatan setiausaha Bahagian Negeri Sembilan.

"Soal pemilihan bagi jawatan setiausaha agung MTUC sebenarnya tidak timbul kerana tiada kekosongan jawatan disebabkan pembatalan kelayakan Dauzkaply memandangkan beliau telah pun tewas dalam pertandingan jawatan setiausaha agung," jelas Solomon.

Tegas beliau, Wujud perbezaan pandangan dan pendapat mengenai bagaimana boleh bergerak ke hadapan ekoran pembatalan kelayakan dua (2) orang terbabit itu.

Bagaimanapun menurut beliau, presiden dan penyokongnya memutuskan untuk mengadakan pemilihan semula.

Malah, jelas Solomon, keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan setiausah agung dan naib presiden (sektor swasta) tidak terdapat di dalam agenda mesyuarat Majlis Am pun.

Justeru, katanya, keputusan untuk mengadakan pemilihan semula bagi jawatan setiausaha agung dan tujuh (7) kerusi jawatan naib presiden (sektor swasta) adalah tidak berperlembagaan.

"Sebagai Setiausaha Agung MTUC, saya telah melaksanakan tugas saya demi kepentingan dan integriti kongres sejak dipilih pada bulan November lalu. Itu keutamaan saya. Ini termasuklah memastikan setiap sidang MTUC adalah sah sepenuhnya. Ini yang saya tekankan sepanjang mesyuarat Majlis Am pada 16 Julai lalu. Oleh itu, saya komited untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab saya seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan kongres," tegas Solomon.

Tags / Kata Kunci: MTUC , Solomon

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan