Hari Kebangsaan: Suasana Merdeka 1957 Dihidupkan Semula

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 1:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula suasana sambutan kemerdekaan pada 1957 di Dataran Merdeka, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 berkata ia merupakan antara pengisian acara pada perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.

“Ketika dunia berasak-asak menuju ke hadapan untuk mencapai kemajuan, kita kadang-kadang terlupa asasnya pemimpin terdahulu bersusah payah untuk memerdekakan negara kita daripada penjajah. Anak-anak mungkin tidak sedar.

“Sehubungan itu, kami ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan bukan mudah untuk dicapai. Adalah penting agar rakyat Malaysia merasa terhutang budi kepada pengorbanan pemimpin terdahulu yang berusaha memerdekakan negara.

“Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Kompleks KKMM di sini Khamis.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

‘Negaraku Sehati Sejiwa' dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia tahun ini yang akan diadakan di Kota Kinabalu pada 16 September, katanya.

Salleh berkata sempena acara perbarisan dan perarakan pada tahun ini, skrin LED gergasi sepanjang 200 meter panjang dan 9 meter tinggi akan ditempatkan di sekeliling Dataran Merdeka bagi memaparkan kombinasi persembahan di padang, udara serta video dan multimedia bagi memberikan impak penceritaan yang lebih menarik kepada pengunjung.

Beliau berkata sebanyak 12 acara utama dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos dan diikuti sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

“Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA. Kami akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan,” katanya.

Beliau menambah acara-acara lain yang bakal mewarnai bulan kebangsaan dan Hari Malaysia  termasuk Merdeka My Buddies Run (20 Ogos), Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) dan Kayuhan Merdeka (6 Ogos), NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos), Merdeka@Komuniti, dan Karnival Hari Malaysia (15-17 September). - BERNAMA  

Tags / Kata Kunci: Hari Kebangsaan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan