Minta 30 Keping Gambar Seksi Palsu - MAB

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menafikan pihaknya menerima permohonan kerja melalui kiriman emel, tetapi hanya menjalankan temuduga kru kabin secara 'walk-in'.

Pengurus Luaran dan Media Komunikasi Korporat MAB, Adlina Mohamed Azharuddin berkata, syarikat penerbangan itu turut menyedari tentang sindiket penipuan yang membabitkan MAB menggunakan kiriman emel bertarikh 12 Julai 2017 yang tersebar di internet.

"Tiada perekrutan untuk jawatan kru penerbangan buat masa ini. Kami ingin menasihatkan agar orang awam mengabaikan emel seperti ini.

"MAB melaksanakan proses pengambilan yang ketat dan selari dengan polisi sumber manusia syarikat kami," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Pihaknya turut menegaskan bahawa MAB tidak memerlukan calon untuk mengirim gambar yang mendedahkan bahagian tubuh mereka.

Kiriman emel palsu yang meminta mangsa mengirimkan gambar seksi untuk proses pengambilan kerja.

Selain itu, MAB menggesa orang awam agar mendapatkan maklumat sahih tentang syarikatnya melalui saluran rasmi iaitu Facebook atau Twitter Malaysia Airlines sekiranya mereka mengesyaki terdapat sebarang bentuk penipuan berlaku.

Sementara itu, satu paparan skrin emel yang meminta calon pramugari mengirim sebanyak 30 keping gambar seksi yang 'formal' dan mendedahkan anggota badan tersebar menerusi aplikasi Whatsapp sejak minggu lalu.

Menurut kandungan emel palsu tersebut, MAB didakwa memerlukan kakitangan seperti seorang model peragaan dan sempurna untuk melayan pelanggan VIP.

"Kami telah melangkau sesi temuduga anda. Tetapi kami memerlukan 30 keping gambar seksi yang formal dan gaya terdedah untuk mengesahkan bentuk badan anda disebabkan empat sesi temuduga yang sudah dilangkau.

"Sila hantarkan salinan sijil pendidikan dan faks kepada saya. Dan kirimkan gambar anda segera," tulis emel palsu tersebut.

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines Berhad

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan