CEC: DAP Tunggu RoS Sebelum Umum Opsyen

Diterbitkan: Khamis, 20 Julai 2017 3:23 PM

Lim Guan Eng

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: DAP akan mengumumkan opsyennya mengenai isu pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) selepas mengadakan perjumpaan dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata, opsyen dilaksanakan itu akan berdasarkan hasil pertemuan dengan RoS.

“Kami ada pelbagai opsyen. Sebab itu, terserahlah kepada mereka (RoS), tapi sehingga kini, mereka enggan berjumpa dengan kami.

"Kami tak mahu mendedahkan opsyen itu selagi belum mengadakan perjumpaan dengan RoS,” katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Dalam kenyataan pada 7 Julai lalu, RoS berkata, ia tidak berniat membatalkan pendaftaran DAP, tetapi mengarahkan parti itu mengadakan semula pemilihan bagi CEC.

Berikutan aduan daripada anggota DAP, RoS berpendapat pemilihan semula pada 2013 itu tidak dilaksanakan mengikut senarai anggota perwakilan yang diberi keizinan untuk menghadiri dan mengundi pada pemilihan sebelumnya yang diadakan pada 15 Disember 2012. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan