Dikutuk Netizen, Digelar Badut, Vida Luah Perasaan

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 12:45 PM

Datuk Seri Vida

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang sering dikutuk dan menjadi bahan kritikan netizen, seolah-olah beliau kebal serta tidak mempunyai hati dan perasaan.

Luaran, Vida nampak tenang, tapi siapa sangka terdapat ungkapan kasar netizen yang telah mengguris hati penyanyi yang sedang hangat dengan lagu I Am Me ini.

"Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar.

"Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya," katanya kepada mStar Online.

Menurut Vida, beliau bagaimanapun terpaksa menelan segala kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya dan berusaha membuktikan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah strategi yang dapat membantu perniagaannya.

"Yang komen negatif tu mereka tak faham lagi, mari kita sekolahkan mereka," katanya dalam nada bergurau.

Tegasnya, disebabkan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kelainan dalam apa jua bidang yang diceburinya, termasuklah bidang perniagaan dan seni, tidak hairanlah ada yang menuduhnya 'syok sendiri'.

"Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama.

"Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah," katanya.

Mengenai lagu I Am Me, Vida menjanjikan satu kelainan dari segi penghasilan klip videonya yang akan dilancarkan pada Ogos.

"Memang best, tak ada lagi di Malaya macam saya punya muzik videolah!," katanya.

Video lirik berjudul I Am Me, ciptaan Edry Abdul Halim kini sudah mendapat lebih 600,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.

Tags / Kata Kunci: DS Vida , I Am Me , jutawan kosmetik

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan