Kegilaan Mangkuk Viral Merebak

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 8:46 AM

Papan skrin video yang menunjukkan orang ramai memilih pinggan dan mangkuk di Bandar Utama kini tular di media sosial. Foto Facebook

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penangan mangkuk viral atau tular dekat Pasar Seni, Kuala Lumpur semakin menjadi-jadi apabila ia mula menular ke Bandar Utama.

Kini tular di media sosial mengenai pinggan mangkuk serendah 50 sen dijual di Centre Point Bandar Utama sepanjang tempoh promosi dari 10 sehingga 23 Julai ini.

Himpunan pelbagai jenis mangkuk terdapat di sini dari jenis mangkuk bubur, sambal, kuah sehingga ke bekas nasi.

Turut dijual pinggan dan piring dalam pelbagai jenis corak, warna, saiz dan bentuk.

Himpunan pinggan dan mangkuk pelbagai corak, warna, bentuk dan saiz.

Ia juga menarik minat penggemar barangan antik atau mereka yang suka menghias rumah dan almari dengan mempamerkan koleksi pinggan dan mangkuk.

Bagi mereka yang berminat dinasihatkan membawa beg kitar semula atau kotak termasuk suratkhabar bagi membawa pulang barang yang dihajati.

Jika orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkan pinggan mangkuk comel dekat Pasar Seni, pastinya mereka juga sanggup datang ke sini.

Jangan risau sekiranya terpaksa beratur panjang ketika panas terik atau hujan kerana jualannya di ruang legar berbumbung di Centre Point. 

Waktu operasi jualan dari pukul 10 pagi sehingga 9.30 malam. 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan