Despacito Wajar Diharamkan - Awan

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 3:26 PM

Daddy Yankee (kiri) dan Luis Fonsi (kanan) menjadi fenomena di seluruh dunia menerusi dendangan lagu Despacito. - Mtv

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Angkatan Wanita Amanah Nasional (Awan) meminta agar stesen radio di negara ini berhenti memutarkan lagu Latin 'Despacito' yang didakwa mengandungi lirik seks yang eksplisit.

Pengerusi Seni dan Budayanya, Atriza Umar berkata, beliau memandang isu tersebut secara serius kerana kebanyakan golongan kanak-kanak menyanyikan lagu tersebut tanpa mengetahui maksud lirik yang sebenar.

Katanya, stesen radio Melayu tempatan yang juga memainkan lagu Despacito turut menyumbang kepada fenomena yang sukar dihentikan.

Atriza berharap supaya Despacito dan lagu lain yang turut mengandungi lirik menghairahkan serta unsur-unsur keganasan agar diharamkan kerana tidak sesuai dengan budaya ketimuran dan agama Islam.

"Saya kesal lagu-lagu bermasalah tidak ditapis oleh kementerian yang berkaitan," katanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Bagaimanapun, beliau memberikan pujian kepada penyanyi dan individu yang mengambil inisiatif untuk mengubah lirik lagu berkenaan agar kedengaran lebih sopan, biarpun ia melanggar peraturan hak cipta.

Lagu Despacito merupakan lagu asal dendangan asal penyanyi Puerto Rico, Luis Fonsi dan Daddy Yankee serta terdapat versi bahasa Inggeris yang menampilkan Justin Bieber.

Tags / Kata Kunci: Despacito

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan