Anak Muda... Langkah Pertama Kena Betul!

Diterbitkan: Rabu, 19 Julai 2017 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Rungutan anak muda masa kini yang mengaitkan kesukaran membeli rumah dengan alasan gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mendapat perhatian seorang guru Matematik di utara tanah air.

Guru sekolah rendah, Mohd Rodzi Mat Ghani, 39, berkata, beliau kurang bersetuju dengan alasan dan keluhan seperti itu.

Beliau berpandangan, ramai anak muda terutama graduan lepasan ijazah telah tersilap langkah apabila lebih berfikir untuk memiliki kereta idaman berbanding rumah sendiri sebaik meninggalkan alam universiti.

"Saya nampak orang kita terutama yang muda-muda banyak tersilap langkah, awal-awal dah silap.

"Baru mula kerja dua-tiga hari, mereka dah nampak kereta apa nak beli, sedangkan waktu itu, walau dengan gaji RM1,500 ke RM2,500 mereka dah mampu beli rumah pertama," katanya kepada mStar Online.

Mohd Rodzi, yang kini mempunyai 11 rumah sendiri berkata, walaupun sering bercakap tentang perkara ini di media sosial atau ketika berborak dengan rakan-rakan, ramai yang seolah-olah enggan percaya dengan fakta dan hakikat yang mahu dikongsikan dengan mereka.

Malah, katanya, pendapat beliau itu sering mendapat reaksi kurang menyenangkan oleh kaum lelaki yang 'gila kereta'.

"Saya selalu kena kecam bila cuba nak sedarkan tentang perkara ini, tapi saya tak kisah sebab memang minat nak bantu orang ramai terutama anak muda beli rumah pertama atau hartanah.

"Sebenarnya walaupun kerja biasa-biasa, mereka bukan tak mampu, cuma saya nasihat jangan beli kereta dulu dan jangan memilih rumah," katanya yang kini tinggal di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Menurut Mohd Rodzi, selama 12 tahun berkecimpung dalam bidang hartanah beliau bergerak sendirian, tanpa seminar, tanpa buku dan tanpa guru. Disebabkan itulah beliau terpanggil untuk berkongsi ilmu dan tip berhubung hartanah dengan masyarakat.

Mengimbas kisahnya, beliau membeli kereta pertamanya (Gen2) pada 2004, seterusnya membuat pinjaman bank untuk membeli rumah pertama pada 2005 dengan harga RM125,000.

Ketika itu beliau bekerja sebagai juruteknik dengan gaji asas sebanyak RM1,600 sebulan.

"Mungkin orang nampak saya pun silap langkah juga sebab beli kereta dulu, tapi saya tak rasa macam tu sebab saya hanya beli kereta selepas dua tahun saya kerja.

"Dalam tempoh dua tahun itu saya naik bas dan tumpang kawan nak balik kampung di Kelantan. Saya berjimat, buat OT, kumpul duit deposit kereta dan rumah, demi kesenangan masa depan," katanya yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM35,000 dalam tempoh dua tahun.

Mengenai realiti hidup masa kini yang mana kereta menjadi satu keperluan, Mohd Rodzi mengakui hakikat ini.

Bagaimanapun katanya, itu bukan alasan untuk golongan muda tidak mengambil tahu serba-sedikit ilmu hartanah, terus merungut dan akhirnya tergolong dalam kumpulan yang tidak dapat memiliki rumah sendiri walaupun sebenarnya mereka mampu.

"Mereka kena baca tulisan atau kisah-kisah 'otai' hartanah, jangan asyik merungut saja, yang penting langkah pertama kena betul, jangan beli kereta dulu kecuali gaji mereka tinggi atau ada simpanan.

"Orang biasa-biasa kalau nak beli rumah memang kena ikat perut, kena lupakan kehendak, tapi biarlah bersusah dahulu, senang kemudian hari," katanya.

Beliau memberikan contoh dirinya kini yang tidak perlu membayar satu sen pun pinjaman bulanan bank untuk semua 11 rumahnya dan dua keretanya, jenis Honda BRV dan Perodua Axia.

Ini kerana, bayaran pinjaman bank setiap bulan akan 'diselesaikan' oleh penyewa-penyewa rumahnya.

Katanya, walaupun kisah dan pengalamannya ini mungkin dilihat sesetengah orang sebagai agak mustahil untuk direalisasikan pada masa ini, beliau tetap berharap agar golongan muda mempunyai sedikit ilmu asas tentang hartanah, sekali gus membuka mata mereka bahawa impian untuk memiliki rumah sendiri mampu menjadi kenyataan dengan sedikit pengorbanan.

"Mungkin orang kata saya guna cara 'manipulasi' atau 'rolling' sebab saya ada juga buat pinjaman peribadi dengan bank untuk rumah seterusnya, tapi itu tak bermakna peluang untuk mereka beli rumah sudah tertutup dan mereka tak perlu ambil tahu ilmu-ilmunya," tegasnya yang bersedia memberi nasihat dan rundingan percuma kepada mereka yang mahu membeli rumah.

Mohd Rodzi berkata beliau juga mempunyai beberapa 'protege' yang sudah mempunyai lebih dari sebuah rumah selepas mendapatkan nasihat daripadanya.

"Saya ada dua 'protege' kerja kerani gaji RM1,500 sebulan.  Walaupun hanya ada motosikal, sekarang mereka dah ada dua banglo mini," katanya.

Tags / Kata Kunci: beli rumah , rumah pertama , pinjaman bank

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan