'Terima Kasih PM Pendekkan Perjalanan Sungai Buloh-Kajang' - Nurul Izzah

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 10:29 PM

Nurul Izzah Anwar

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelancaran fasa kedua Laluan Transit Aliran Massa (MRT) pada Isnin mendapat perhatian ramai termasuklah Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada petang Isnin telah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah 'pendekkan perjalanan dari Sungai Buloh ke Kajang' menerusi satu posting di Twitternya.

Tweet tersebut dilihat menarik apabila beliau turut memasukkan nama bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ibunya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh atas kesalahan liwat selama lima tahun manakala Wan Azizah adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Najib, beberapa hari sebelum majlis pelancaran telah menulis di laman Facebooknya tentang pembukaan MRT yang dipanggilnya sebagai 'real Kajang Move' (Langkah Kajang yang sebenar).

Langkah Kajang adalah satu ungkapan merujuk kepada strategi politik pembangkang untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada tahun 2014.

Langkah itu dicipta bertujuan menggantikan Khalid dengan Anwar dengan cara Anwar bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi bagi memberikan laluan plihan raya kecil diadakan.

Bagaimanapun rancangan itu tidak menjadi kerana Anwar mempunyai kes mahkamah, menyebabkan Dr Wan Azizah terpaksa bertanding di DUN tersebut.

Walaupun menang, Wan Azizah tidak berjaya menjadi menteri besar kerana tidak mendapat sokongan PAS.

Tags / Kata Kunci: Nurul Izzah , MRT , Langkah Kajang

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan