SPRM Rampas Dokumen Pembelian Hotel Di London Dari Pejabat FIC

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 9:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyenaraikan beberapa saksi penting untuk hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber dalaman, SPRM telah menyerahkan notis kehadiran itu kepada saksi-saksi berkenaan bagi membolehkan  pihak berkuasa itu mengambil keterangan mereka secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber itu berkata pasukan penyiasat SPRM, terdiri daripada Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Perlucutan Harta juga telah hadir ke pejabat FIC di Jalan Gurney, di sini pada kira-kira 10.30 pagi tadi  bagi mendapatkan maklumat  serta menyampaikan notis berkaitan dan  segala prosedur itu selesai pada kira-kira 5.45 petang ini.

"SPRM telah mengambil beberapa dokumen penting daripada pejabat FIC berhubung pembelian hotel empat bintang di London pada sekitar tahun 2013 dan 2015," kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat yang diterima itu.

"Pasukan siasatan telah meneliti kesemua dokumen dan maklumat yang telah diperolehi ketika hadir ke pejabat FIC.

Saksi-saksi penting akan mula dipanggil esok untuk merakam percakapan bagi membolehkan pasukan penyiasat melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Baru-baru ini, SPRM dalam satu kenyataan berkata beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang bernilai RM330 juta di Kensington oleh FIC pada 2014 selepas SPRM menerima maklumat baharu berhubung kes itu.

Hasil maklumat siasatan awal mendapati FIC, yang merupakan entiti pelaburan yang diwujudkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 2013, didakwa membeli hotel itu dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga asal sehingga mengakibatkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit.

Kenyataan itu menjelaskan individu-individu berkenaan merupakan saksi penting bagi membantu siasatan mengenai proses pembelian hotel tersebut antara 2013 hingga 2015.

SPRM  pernah menyiasat kes ini pada Mei  2015 dan mendapati tiada sebarang salah laku dalam  pembelian itu.-Bernama

Tags / Kata Kunci: SPRM , hotel London , FIC

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan