Mukim Matang Diwarta Kawasan Jangkitan Rabies

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 1:41 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Perak mewartakan mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies, berkuatkuasa pada Isnin.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pewartaan itu dikeluarkan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila berkuatkuasa pada Isnin.

"Ia dilakukan dengan kuasa yang diberikan oleh Subseksyen 39(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647).

"Walaupun kes ini terpencil dan hanya melibatkan satu kes tetapi perintah ini perlu dilakukan dan langkah-langkah seperti membendung perlu diadakan bagi mengawal ia daripada terus merebak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri mengenai tindakan terhadap isu laporan Ketua Audit Negara di sini Isnin.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing perliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.

Zambry berkata, di bawah perintah itu, mana-mana individu dilarang membawa keluar sebarang anjing dari mukim berkenaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak Dr Fuziah Muhayat.

Katanya pemilik atau orang yang bertanggungjawab ke atas mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan penyakit anjing gila hendaklah memastikan anjing mereka  disimpan dengan kawalan ketat.

“Sama ada dengan mengurungkannya dalam kawasan tertutup yang mana tidak memungkinkan anjing itu melepaskan diri, mengikatnya dengan selamat.

“...menuntunnya menggunakan rantai, tali pintal  atau kulit  yang diikat dengan kuat pada relang leher atau abah-abah yang dipakai anjing itu,” katanya.

Beliau berkata mana-mana anjing yang berada di dalam kawasan jangkitan penyakit anjing gila yang tidak dikawal secara efektif, boleh dimusnahkan oleh pihak berkaitan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah DVS Perak.

Zambry berkata selain memusnahkan anjing yang tidak bertuan, DVS juga sedang melakukan pemvaksinan terhadap anjing, malah telah membuat persampelan haiwan berkenaan.

“Masyarakat awam perlu memahami bahawa ia bukan satu wabak besar tetapi kerajaan negeri  perlu mengambil langkah pencegahan dan pengawalan bagi memastikan ia tidak terus merebak.

“Penduduk di mukim itu, yang merupakan kawasan laut, saya minta mereka agar bekerjasama sepenuhnya dengan langkah-langkah dibuat pihak kerajaan,” katanya.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: wabak rabies

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan