Satu Lagi Kes Gigitan Kucing Dilapor Di Kuala Sepetang

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 9:55 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Satu kes baharu gigitan kucing yang bertuan dilaporkan di Kampung Mentari, Kuala Sepetang, di Taiping, Ahad.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak Dr Fuziah Muhayat berkata mangsa gigitan, seorang wanita berumur 41 tahun yang juga pemilik kucing itu, telah mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Kuala Sepetang.

"Pemeriksaan klinikal telah dibuat dan mendapati tiada petanda klinikal pada kucing tersebut.  Tindakan kuarantin dan pemerhatian klinikal akan dilakukan ke atas kucing itu sehingga tempoh 14 hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing peliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian.

Menurut Fuziah, sebanyak 59 buah rumah di dalam satu kilometer (km) radius dari lokasi kes rabies sebelum ini telah dibuat bancian dan survelan aktif di daerah Larut Matang dan Selama.

"Didapati bilangan anjing bertuan adalah seekor manakala anjing tidak bertuan (anjing liar) sebanyak lima ekor. Tiada sebarang petanda klinikal dikesan pada semua haiwan terbabit," katanya.

Fuziah berkata program pemvaksinan juga telah dijalankan dalam 1 km radius bermula pada hari ini dan sebanyak 1,000 dos vaksin rabies dihantar ke DVS Perak.

"Program kempen kesedaran dalam 1 km radius juga telah dijalankan dengan memberi penerangan dari rumah ke rumah kepada 59 orang pemilik haiwan," katanya sambil menambah 48 kakitangan jabatan itu terlibat dalam program hari ini.

Sementara itu,  dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang telah mendapat vaksin rabies dos pertama dari pihak hospital berdekatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam satu program hari ini berkata Kerajaan Perak mewartakan mukim Matang dalam daerah Larut Matang dan Selama sebagai kawasan penyakit anjing gila atau rabies, berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pewartaan itu dikeluarkan di bawah Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila.

-Bernama
Tags / Kata Kunci: Rabies , anjing gila , Kuala Sepetang

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan