‘Kalau Nak Mati Saing-Saing’

Diterbitkan: Isnin, 17 Julai 2017 2:20 PM

Gambar sekeluarga yang sempat dirakam pasangan berkenaan bersama anak-anaknya sempena Syawal baru-baru ini. foto Sinar Online

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: "Kalau nak mati saing-saing...antara jenaka yang pernah diungkapkan Allahyarham Maimunah Abd Wahab, 52, kepada suaminya Jamaludin Chemin, 56, sebelum keduanya maut selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, malam Ahad.

Ibu saudara Jamaludin, Mardiah Husin, 56, berkata, suami isteri berkenaan merupakan pasangan yang sangat ceria dan hasil perkahwinan mereka memiliki enam orang anak.

Katanya, Maimunah seorang isteri yang sangat menyayangi suaminya malah dikalangan keluarga dan rakan-rakan mereka juga sudah tidak hairan apabila melihat pasangan tersebut mempamerkan kasih sayang setiap hari.

"Mereka memang pasangan yang ceria dan tidak seperti pasangan lain. Kemesraan dan kasih sayang mereka dapat dilihat jelas bila hendak keluar dia bersalam dengan suaminya, bercium pipi.

"Pernah arwah berseloroh kalau nak mati sama-sama. Tak sangka pula ajal mereka bersama," katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Jamaludin di Felda Penggeli Timur, disini Isnin.

Mardiah berkata, dia dimaklumkan ketika kejadian pasangan berkenaan bersama tiga anaknya dalam perjalanan untuk ke rumah kakak Maimunah di Felda Air Tawar 2 untuk beraya.

Menurutnya, dia difahamkan selepas beraya di Felda Air Tawar 2, keluarga berkenaan sepatutnya ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk menghantar barang kepada anak bongsu mereka yang menuntut di tingkatan empat.

"Mereka sekeluarga menaiki Perodua Axia baru beberapa bulan dibeli milik anaknya yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

"Kami difahamkan dua daripada anaknya kini dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala seorang lagi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat cedera parah dialami," katanya lagi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 malam Ahad, pasangan suami isteri berkenaan maut manakala 10 lagi cedera selepas terlibat kemalangan membabitkan lima kenderaan di KM59 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Felda Air Tawar 2.

Jenazah pasangan berkenaan selamat dikebumikan di kira-kira jam 10 pagi Isnin di Tanah Perkuburan Islam Felda Penggeli Timur. - Sinar Online

Tags / Kata Kunci: kemalangan , Kota Tinggi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan