Tun M Perlu Perjelas Pendirian Mengenai Anwar - Najib

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 5:57 PM

Dr Mahathir (kiri) dan Anwar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Banyak persoalan berlegar dalam kepala orang ramai. Pertamanya, adakah Dr Mahathir masih kekal dengan kenyataan lamanya pada 1998 yang dia tuduh Anwar melakukan perbuatan luar tabii. 

"Sehinggakan dia kata Anwar ini pemimpin yang tidak ada maruah, oleh itu tidak boleh memimpin negara.

"Semua itu kini menjadi persoalan besar rakyat, sama ada tuduhan itu tidak betul pada asalnya, ataupun beliau sanggup korbankan prinsip lamanya (demi politik), " katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Ahad.

Dalam sidang media pada 22 September 1998 yang dibuat Dr Mahathir, perdana menteri keempat itu mendakwa Anwar terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak menjadi pemimpin negara.

Najib menjelaskan, selagi semua itu tidak dijawab Dr Mahathir, orang ramai akan sangsi dan bahawa ini adalah hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata, walaupun ada segelintir pihak yang tidak senang hati dengan Umno dan kerajaan, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk membawa negara ke tahap yang membanggakan.

Jelasnya, situasi ini adalah lebih baik berbanding kem pembangkang yang masih tidak jelas dan kelam- kabut dalam menentukan siapa yang mempunyai kuasa penentu manakala hala tuju politik yang masih tidak jelas.

Mengenai sambutan Rumah Terbuka pada Ahad, Najib yang juga presiden Umno berkata, sambutan luar biasa daripada masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan adalah satu tanda keyakinan berterusan kepada parti dan kerajaan.

"Mereka datang berpusu-pusu dari pagi dan ingin bersama Umno. Satu gambaran jelas hubungan parti dan rakyat yang tiada tembok pemisah.

"Ini kerana mereka tahu mereka boleh bersalam-salaman, berselfie dengan pemimpin Umno. Sebagai pemimpin, kita ingin lebih rapat dan mesra dengan rakyat," katanya. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 1:01 PM

Brader... Itu Pun Nak Curi Ke?

Rabu, 19 Julai 2017 12:27 PM

Aaron Aziz 'Buru' Mak Datin Kaya?

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Selasa, 18 Julai 2017 3:00 PM

Waris Ada Kembar?

Kolumnis

iklan

Iklan