Rabies: Tiada Keperluan Kuarantin Penduduk

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 11:34 AM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Tiada keperluan untuk melaksanakan kuarantin ke atas penduduk di beberapa kawasan di daerah Serian, Sarawak yang terjejas akibat virus penyakit anjing gila atau rabies buat masa ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan bagi mencegah penularan wabak itu dikhuatiri akan menjejaskan aktiviti ekonomi dan sosial penduduk di kawasan berkenaan.

“Tindakan kuarantin (penduduk) itu kalau ia terlalu serius tetapi kita perlu fikir pro dan kontra sebelum ambil tindakan kuarantin di keseluruhan kawasan itu.

"Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) sedang giat melaksanakan pelbagai langkah pencegahan bagi memastikan wabak berkenaan tidak terus menular di kawasan lain," kata Anggota Parlimen Pasir Salak itu kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Aidilfitri Parlimen Pasir Salak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Degong yang turut dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung di sini malam Sabtu.

Tajuddin berkata beliau akan merujuk kepada JPVS dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan perkembangan terkini seterusnya mengadakan perbincangan mengenai tindakan pencegahan lebih serius yang perlu dilaksanakan.

Beliau berkata JPVS telah melakukan pelbagai langkah pencegahan terbaik sehingga kini seperti memperluaskan radius suntikan dan akan menambah jumlah vaksin anjing dan kucing mengikut keperluan semasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga petang semalam, JPVS telah memvaksinkan 3,785 ekor haiwan kesayangan berbanding 2,801 ekor pada Jumaat.  Daripada jumlah itu, sebanyak 952 ekor anjing, 2,810 kucing dan 23 haiwan lain telah diberi suntikan vaksin.

Secara kumulatif dari 1 April hingga 15 Julai, aktiviti pengesanan kes secara aktif  mengesan sebanyak 290 kes gigitan anjing dalam kawasan 10 kilometer dari kawasan wabak di Bahagian Serian.

Kenyataan itu berkata sebanyak 66 daripada 290 kes gigitan merupakan kes gigitan baharu dari tempoh 2 Julai hingga semalam dengan 14 kes gigitan anjing baharu dikesan semalam dan sebanyak 229 kes telah diberi vaksin.

Kampung Paon Sungai Rimu, Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Krait, Kampung Saroban dan Kampung Tangga di daerah Serian diisytihar sebagai kawasan wabak rabies setakat Khamis lepas. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Rabies

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan