Kuala Sepetang Bakal Diwarta Kawasan Wabak Rabies

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 10:08 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak sedang dalam proses mewartakan Kuala Sepetang, Taiping, sebagai kawasan wabak rabies atau penyakit anjing gila dengan kadar segera, kata Pengarahnya Dr Fuziah Muhayat. 

Beliau berkata, usaha mendapatkan pewartaan itu akan dikemukakan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir pada Isnin susulan kejadian dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan pada 4 Julai lepas.

"Perkara itu selewat-lewatnya akan ditandatangani esok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata, kejadian menimpa dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.  

Menurutnya, tindakan kawalan penyakit rabies dilaksanakan pada hari ini dan rancangan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di dalam lingkungan satu kilometer (km) radius tidak menunjukkan tanda kritikal. 

"Pihak kami juga telah membuat persampelan anjing terbiar di kawasan tersebut untuk mengenal pasti tahap penyebaran wabak penyakit. Survelan penyakit juga akan dijalankan dalam lingkungan 10km radius di kawasan jangkitan," katanya.

Fuziah berkata, pihak veterinar juga telah menjalankan program kesedaran awam kepada penduduk setempat. 

Pemantauan pada Ahad menunjukkan tiada kes gigitan terbaru yang dilaporkan di kawasan tersebut.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam pada Ahad mengeluarkan kenyataan jabatannya telah melaksanakan pemvaksinan anjing-anjing bertuan di Kuala Sepetang susulan kes rabies berkenaan.

Menurutnya, kes itu dikesan apabila seorang pemilik anjing membuat laporan pada 13 Julai lepas (Khamis) bahawa anjing miliknya telah mati selepas lapan hari menggigit anak perempuan dan anak saudaranya. - Bernama

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan