Jual Buah, Sayur Busuk Boleh Kena Tindakan

Diterbitkan: Ahad, 16 Julai 2017 4:49 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman.

Mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata Subseksyen 13(1) akta tersebut menyatakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan.

Laporan akhbar tersebut pada 11 Julai lepas menyebut tindakan beberapa pasar raya menjual buah-buahan dan sayur-sayuran seperti tomato, lobak merah dan pisang yang telah busuk dengan harga murah dan tidak dikeluarkan dari rak jualan, menimbulkan ketidak puasan hati dalam kalangan pengguna.

"Apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan juga menasihati orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pengguna dalam memastikan produk makanan yang dibeli adalah bersih dan selamat.

"Pengguna juga disaran membaca label serta mengamalkan lihat, hidu dan rasa sebelum membeli makanan bagi mengelakkan memakan makanan yang telah rosak atau tercemar," katanya menurut Bernama.

Noraini berkata, sebarang pertanyaan mengenai isu keselamatan makanan boleh disalurkan kepada pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Tags / Kata Kunci: Noraini Mohd Othman

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan