Taktik Terkini Sindiket Judi

Diterbitkan: Sabtu, 15 Julai 2017 10:46 AM

Laman web menunjukkan pilihan krupier dalam talian dan live feed dari kasino di Amerika Syarikat, Eropah, Kemboja, Filipina dan Vietnam.

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

PETALING JAYA: Kegilaan terbaharu di kalangan pelanggan pusat perjudian yang beroperasi secara haram di negara ini adalah pertaruhan secara langsung dengan krupier sebenar berpakaian seksi yang mengendalikan permainan tersebut.

Ia adalah 'penambahbaikan' daripada bentuk simulasi pertaruhan secara dalam talian sebelum ini.

Pertaruhan on the spot itu dipercayai menawarkan pengalaman yang serupa dengan perjudian di kasino, dikendalikan menerusi live feed sebenar dari luar negara.

Sumber berkata sindiket tempatan melanggan live feed itu secara terus dari pengendali kasino dalam talian menerusi jalur lebar berkelajuan tinggi sebelum menawarkannya kepada operator perjudian.

Menurut sumber itu, terdapat kira-kira 20 operator tempatan mengawal aktiviti perjudian haram di sekitar Lembah Klang.

Sebuah sindiket perjudian memperoleh pendapatan bersih bulanan sekitar RM30 juta hingga RM50 juta menerusi perkhidmatan ini.

"Live feed dari negara barat lebih popular. Terdapat juga rangkaian yang menawarkan perkhidmatan sama dari Kemboja, Filipina dan Vietnam tetapi mereka agak cerdik," kata sumber.

Satu sindiket lazimnya mengenakan bayaran kepada pengendali perjudian sebanyak 15% atas komisen mereka.

Sebagai balasan, sindiket membayar rangkaian perjudian antrabangsa secara dalam talian bayaran langganan antara 5% dan 8% pendapatan mereka daripada operator.

Terdahulu, sindiket perjudian haram menggunakan simulasi animasi untuk pertaruhan mereka secara dalam talian.

Bergantung kepada lokasi dan pelanggan, seorang operator boleh memperoleh pendapatan bersih sekitar RM50,000 hingga RM2 juta sebulan.

Tinjauan The Star di beberapa pusat perjudian di Seksyen 11, Seksyen 14 dan SS2 di Petaling Jaya dan USJ 21 di Subang Jaya mendapati kebanyakannya beroperasi secara haram di rumah kedai.

Logo diletakkan di hadapan rumah kedai tersebut untuk menunjukkan kewujudan pemiliknya.

Premis itu dikunci dan pelanggan perlu menekan loceng di pintu masuk.

Pelanggan diteliti melalui kamera litar tertutup di luar premis.

Hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk manakala pelanggan baharu perlu ditemani atau dirujuk kepada pelanggan yang dipercayai.

Selain daripada beberapa mesin permainan video, premis itu turut mempunyai beberapa komputer yang memaparkan live feed kasino.

Untuk bermain, pelanggan perlu mendeposit wang tunai di kaunter dan jumlah itu akan dikreditkan ke mana-mana komputer yang dipilihnya.

Pelanggan kemudian menggunakan kreditnya untuk bertaruh.

Kemenangan akan dikreditkan ke dalam akaun komputer dan selepas tamat, pelanggan pergi ke kaunter untuk menebus wang tunai sekiranya masih ada baki wang.

Seorang pekerja di premis itu berkata terdapat pelanggan tetap yang sentiasa berkunjung ke situ selepas waktu kerja atau di sebelah malam.

"Kami beroperasi selama 24 jam dan mempunyai pekerja yang bekerja mengikut syif," katanya.

Namun susulan tangkapan pegawai polis di Melaka yang didakwa mengambil wang daripada pusat perjudian haram sebagai balasan untuk perlindungan manakala tindakan tegas dikenakan terhadap pengendali premis tersebut di Pulau Pinang, sindiket yang sama di Lembah Klang menghentikan operasinya buat sementara waktu.

Ada di antara mereka memulakan operasi sejak dua minggu lalu kerana tidak mampu membayar kos overhed yang tinggi tanpa membuka premis mereka.

Tags / Kata Kunci: perjudian haram

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan