Penduduk Malaysia Dianggar 32 Juta Tahun Ini

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia pada tahun ini dianggarkan berjumlah 32 juta, 28.7 juta daripadanya warganegara dan selebihnya bukan warganegara, menurut Jabatan Statistik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata secara keseluruhan, jumlah penduduk negara ini bertambah 1.3 peratus daripada 31.6 juta tahun lepas.

Katanya, jumlah penduduk lelaki pada tahun ini terus melebihi jumlah penduduk perempuan, dengan nisbah jantina bagi tempoh 2016-2017 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

"Nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara juga kekal pada 102 dan 157 bagi tempoh sama,” kata jabatan itu.

Sementara itu, peratusan penduduk berusia 0-14 tahun pada 2017 menurun kepada 24.1 peratus daripada 24.5 peratus pada 2016.

Menurut jabatan itu, peratusan penduduk berusia 15–64 tahun meningkat daripada 69.5 peratus pada 2016 kepada 69.7 peratus tahun ini.

"Pertambahan penduduk dalam kumpulan usia ini menyumbang kepada peningkatan usia median (28.3 tahun)," katanya.

Jabatan itu berkata anggaran semasa penduduk bagi tempoh 2016-2017, yang dibuat berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010), mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan penghijrahan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Jumlah Pendudukan Malaysia , 2017

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan