Kenapa Nasi Lemak Ini Merah Jambu?

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 11:08 AM

Nasi Lemak Hello Kitty warna merah jambu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara nasi lemak berwarna merah jambu yang diusahakan dua sahabat baik di Tumpat, Kelantan sehingga tular di media sosial, pelbagai komen netizen mengkritik pemilihan warna berkenaan.

Seorang pengikut Facebook, 'Shaimaa Che Rahmat' berkata: “Hilang selera tengok nasi lemak warna ‘pink’ (merah jambu). Memanglah saya peminat tegar warna ‘pink’, tapi nasi lemak ni. Tak ada selera.”

'Linda Farrel Aman' pula berkata: “Saya masih gemarkan nasi lemak warna putih, baru ada ‘feel’ nasi lemak.”

Sementara itu, 'Wan Anis' berkata: “Buatlah warna apa pun, nasi tu kalau sambal ke laut (tak sedap) tak guna juga. Kalau nasi putih tak berapa menarik tapi sambal dia pehh (sedap), memang orang cari lagi.”

Kritikan tersebut merujuk kepada Nasi Lemak Hello Kitty yang diusahakan Nurul Aida Zulkifli, 29, dan Zaharina Mohd Tahar, 32, sejak lebih seminggu lalu.

Ayue (tengah) dan Zaharina (kanan) bersama pelanggan di gerai Nasi Lemak Hello Kitty di Tumpat, Kelantan.

Menurut Nurul Aida atau lebih dikenali sebagai Ayue, pemilihan warna merah jambu pada nasi lemak itu kerana inspirasi dari watak kartun Hello Kitty.

“Ingin kami jelaskan bahawa kami menggunakan pewarna yang mendapat pensijilan halal, yang sama digunakan sebagai bahan untuk membuat kek di kedai-kedai. 

“Cuma warna nasi kami sahaja merah jambu. Sama juga dengan nasi kerabu warna biru, nasi dagang warna merah, ada juga nasi warna kuning. Mungkin warna ‘pink’ masih baru, tapi itulah kelainannya,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Mengenai pemilihan merah jambu pada nasi lemak, Ayue berkata, idea tersebut timbul berikutan kedua-dua mereka menyukai warna itu termasuk Hello Kitty.

“Bukan sahaja nasi warna ‘pink’, tapi kereta dan kebanyakan peralatan yang digunakan untuk berniaga nasi lemak dipenuhi hiasan Hello Kitty dan warna ‘pink’.

“Ia juga merupakan tarikan orang ramai untuk datang membeli. Walaupun ada yang terkejut dengan nasi lemak ‘pink’ tetapi sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya memulakan perniagaan dengan modal RM1,000.

Tambahnya, kereta yang dihiasi dan dilengkapi aksesori berinspirasikan Hello Kitty telah diubah suai terlebih dahulu membabitkan kos RM4,000 sebelum mereka merancang untuk berniaga nasi lemak.

Selain gerai, pelanggan juga boleh mendapatkan nasi lemak menerusi khidmat penghantaran menggunakan kereta 'Hello Kitty'.

Pada masa ini, Ayue dan Zaharina menjual nasi lemak secara separuh masa di Kampung Sedar, Tumpat setiap pagi kecuali Rabu dan di pasar malam dekat Tesco Kota Bharu setiap Jumaat malam, kerana kedua-duanya mempunyai pekerjaan tetap.

Setiap paket Nasi Lemak Hello Kitty yang menghimpunkan nasi, telur rebus, sambal, ikan bilis, timun dan kacang dijual pada harga RM3.50 atau tiga paket untuk RM10.

Menurut Ayue, pelanggan juga mempunyai pilihan untuk membeli nasi lemak warna putih sekiranya mereka tidak mahu nasi berwarna merah jambu.

“Alhamdulillah perniagaan kami secara kecil-kecil semakin berkembang. Dari 100 paket sehari pada hari pertama, kini meningkat kepada 200 paket sehari,” katanya.

Katanya, jumlah paket juga semakin bertambah bagi menampung keperluan stokis untuk dihantar ke beberapa kawasan menerusi ejen di sekitar Kota Bharu, dan tempahan bagi khidmat penghantaran menggunakan kereta ‘Hello Kitty’.

Ditanya mengenai rancangan akan datang, Ayue berkata: “Kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi menu selain nasi lemak, seperti kuih lapis dan air sirap bandung, kedua-duanya juga berwarna merah jambu.”

Tags / Kata Kunci: Hello Kitty , nasi lemak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan