MRT Fasa Dua Bermula Isnin

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 9:48 PM

Fasa dua MRT Laluan Semantan-Kajang sepanjang 30KM akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 Julai ini.
 Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fasa kedua laluan Transit Aliran Massa (MRT) antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 4 petang Isnin ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman berkata  serentak dengan pembukaan Fasa Kedua Laluan MRT itu, perkhidmatan bas perantara untuk stesen-stesen yang baharu dibuka turut dimulakan, sekali gus meluaskan liputan bas perantara yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd kepada 23 laluan tambahan merentasi 12 stesen MRT yang baru.

Menurutnya sebanyak 100 bas perantara tambahan turut disediakan untuk menghubungkan penduduk di kawasan-kawasan perumahan dan komersil yang berhampiran dengan stesen-stesen MRT terpilih.

“Dengan jajaran keseluruhan sepanjang 51 kilometer merentasi 31 stesen, termasuk tujuh stesen bawah tanah, Laluan MRT Sungai Buloh - Kajang berintegrasi dengan Laluan LRT (Transit Aliran Ringan) di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka, yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Fasa pertama antara Sungai Buloh dan Semantan yang mempunyai 12 stesen mula beroperasi pada 16 Disember tahun lepas dengan purata 15,000 penumpang sehari.

Jumlah penumpang harian dijangka meningkat ke 150,000 hasil daripada kemudahan integrasi dan sambungan  dengan kemudahan  rangkaian-rangkaian sistem perhubungan rel bandar yang lain.-Bernama

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan