MH370: Serpihan Di Seychelles Bukan Dari Boeing 777

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 8:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pasukan Penyiasat MH370 yang menjalankan penilaian ke atas foto serpihan yang ditemui di Seychelles baru-baru ini mengesahkan bahawa ia bukan dari Boeing 777 atau enjin Rolls Royce.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata DCA telah menghubungi Seychelles  Civil Aviation Authority (SCAA) untuk mendapatkan maklumat  terperinci ekoran laporan serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 ditemui pihak berkuasa Seychelles.

"Pihak SCAA telah berkongsi maklumat dan foto serpihan tersebut dan DCA mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja di SCAA yang telah memberikan kerjasama yang jitu," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

SCAA dalam kenyataannya sebelum ini berkata saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu telah menemui dua serpihan dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370  terdampar di Farqhar.

Pesawat MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Tags / Kata Kunci: MH370

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan