Warga Emas Hidap Alzheimer Hilang Sejak Selasa

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 6:25 PM

Aris Mohamad

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pesakit Alzheimer telah dilaporkan hilang sejak dia keluar dari rumahnya di Johor Bahru pada petang Selasa.

Anaknya, Azlina Aris berkata bapanya, Aris Mohamad, 87, keluar dari rumah ketika ibunya sedang tidur.

“Jadi, kami tidak pasti pukul berapa dia keluar dan apa pakaian yang dipakainya. Tetapi, dia selalu memakai seluar panjang dan baju-T atau kemeja,” katanya.

Kebiasaannya, Aris berjalan di sekitar Jalan Tarom, Jalan Yahya Awal dan sekitar kawasan Nong Chik di Johor Bahru.

Azlina menambah bahawa bapanya pernah keluar dari rumah sebelum ini dan sering pulang sebelum malam, atas bantuan polis atau orang ramai yang baik hati menghantarnya pulang.

“Dia mencari rumah yang sudah tiada. Kami pernah mempunyai rumah di Jalan Tarom, tetapi ia sudah tiada dan ayah ingat ia masih berada di situ.

“Walaupun kami berada di Johor, dia fikir kami tinggal di Singapura,” kata Azlina.

Menurut Azlina, bapanya menghidapi Alzhemier sejak 10 tahun lepas dan juga menghidap demensia.

Keluarganya telah membuat laporan polis pada pukul 3 petang Rabu di balai polis Jalan Meldrum.

“Pukul 3 petang hari ini (Khamis), 24 jam selepas laporan dibuat, polis akan memulakan pencarian. Pada masa yang sama, kami mengedarkan risalah dan pergi mencarinya.

“Saya harap ayah pulang dalam keadaan selamat,” ujar Azlina.

Tags / Kata Kunci: Aris Mohamad , Alzheimer

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan