MH17: Keluarga Waris Hadir Upacara Peringatan

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 1:38 PM

Tiong Lai (tengah) tiba pada majlis peringatan sempena ulang tahun ketiga Tragedi MH17 pada Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu upacara peringatan bagi menandakan ulang tahun ketiga tragedi penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada 2014, diadakan secara tertutup di sini Khamis.

Waris mangsa MH17 menghadiri upacara itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Mereka dilihat tiba di hotel berkenaan secara berperingkat sejak 10 pagi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadiri upacara itu. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd (MAB) Peter Bellew dan Pengerusi MAB Tan Sri Md Nor Md Yusof.

Taklimat berhubung proses pendakwaan yang akan dijalankan di Belanda turut diadakan bersempena upacara itu.

Liow dilaporkan mempengerusikan taklimat berkenaan.

Difahamkan bahawa terdapat permohonan supaya upacara peringatan itu diadakan secara tertutup, bagaimanapun banyak wakil media yang hadir untuk membuat liputan.

Pesawat Boeing B777 itu, yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 298 orang termasuk kru, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Malaysia dan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) terdiri daripada Belanda.

Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju supaya pendakwaan negara terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 itu dilakukan di Belanda.

Liow baru-baru ini berkata proses siasatan dihadkan kepada 100 suspek dan siasatan penuh dijangka disiapkan menjelang awal tahun depan sebelum proses pendakwaan bermula. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan