Sebat Hanya Untuk Orang Islam Kelantan - TPM

Diterbitkan: Khamis, 13 Julai 2017 4:17 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Rabu perlu dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di negeri itu sahaja, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan perdana menteri  berkata pindaan itu hanya memberikan implikasi kepada orang Islam sahaja dan  tidak melibatkan orang bukan Islam di Kelantan.

"Saya belum mendapat maklumat terperinci mengenai butirannya namun saya fikir apa yang dilakukan oleh mereka itu harus dilihat dalam konteks hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas pindaan tersebut antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, hari ini sebelum berlepas pulang ke ibu negara selepas menamatkan lawatan kerja dua hari di Sarawak.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Sri Aman.

Mengulas lanjut, timbalan perdana menteri berkata kerajaan negeri Kelantan berhak untuk mengemukakan pindaan rang undang-undang itu di DUN kerana mereka mempunyai suara majoriti.

"Bagaimanapun biarpun pindaan tersebut sudah diluluskan ia masih tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan untuk pelaksanaan," katanya.

RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan, Pindaan itu dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan diluluskan sebulat suara. -Bernama

Tags / Kata Kunci: sebat , Kelantan , TPM

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan