Perut Wanita Bersalin Direntap Gara-Gara Tegur Jiran

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 12:37 PM

Gambar lelaki tersebut menunjukkan isyarat lucah turut dimuatnaik dalam Facebook Nur Dhia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Biasalah adat hidup berjiran perlu saling hormat-menghormati dan bertolak-ansur.

Berbeza pula dengan situasi yang dilalui seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Dhila apabila dia yang masih berpantang selepas melahirkan anaknya nyaris dilanggar kerana menegur seorang lelaki yang menderum keretanya pada awal pagi.

Bukan itu sahaja, Nur Dhila mendakwa lelaki tersebut turut bertindak merentap perutnya yang masih belum pulih akibat bersalin secara pembedahan.

"Masih ada lagi lelaki bachul pukul perempuan. Akulah perempuan yang kena pukul tu. Aku masih berpantang bersalin secara caesarian, sampai sekarang perut aku rasa sakit kena rentap.

"Perut akau kena rentap dan dia telah kotakan niat untuk melanggar aku dengan kereta akibat tak puas hati kena tegur," kata Nur Dhia dalam posting di laman Facebooknya.

Menurut Nur Dhia, dia menegur lelaki tersebut pada Selasa kerana menderum keretanya di depan rumah kira-kira pukul 1.05 pagi menyebabkan bayinya menangis akibat terperanjat dengan bunyi bising tersebut.

"Ibu mana tahan... tengok anak dah 20 minit terkejut, badan tersentap... terenjat-renjat dan menangis tak henti sebab terkejut.

"Aku pun tegur dua kali dari perkarangan rumah tapi pelaku macam tak puas hati malah dia menjadi-jadi ram kereta dengan lebih kuat tanpa henti," katanya.

Posting Nur Dhia menjadi tular di laman Facebook.

Setelah tegurannya tidak diendahkan, Nur Dhia berkata dia bertindak keluar rumah dan menegur lelaki itu secara baik supaya menghentikan perbuatannya itu.

"Aku suruh dia settle cara baik kalau ada masalah dengan jiran dan bukan dengan cara buat bising malam-malam buta," katanya.

Namun Nur Dhia berkata malangnya lelaki tersebut itu bertindak memaki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat terhadapnya.

"Akibat keadaan menjadi tegang dan dia ugut aku, aku pun rakam perbuatan pelaku... akibat tidak puas hati, pelaku cuba nak rampas handphone aku.

"Tak dpt rampas, dia rentap perut aku dan cakap nak langgar aku dan dia melaksanakan niat untuk langgar aku," katanya.

Jelas Nur Dhia, dia bersyukur kerana sempat mengelak daripada dilanggar kereta lelaki tersebut.

"Nasib aku dengan kain dah terbuka (sempat tarik kain) berundur lari ke belakang...kalau tak elak... mau kalau tak ke hospital.. innalillah dah aku. Dia juga ugut untuk mencederakan aku kelak," katanya.

Pada masa sama, Nur Dhia turut menyatakan rasa kesal kerana jeritannya meminta tolong tidak diendahkan jiran-jiran yang turut melihat insiden itu.

"Jiran aku boleh kata "tak dengar" aku menjerit minta tolong... padahal achi rumah hujung boleh dengar bising-bising kat luar. Biar video dan report polis yang aku buat menjelaskan keadaan," katanya.

Nur Dhia mendakwa dia turut mengalami bentan selepas insiden tersebut.

"Baru balik buat pemeriksaan perubatan. Perut aku masih senak kena sentap... hari ini bentan seharian... sebab kejadian tak guna ini.. hari ini jalan tunduk pegang perut aku dibuatnya," kata Nur Dhia.

Dalam posting itu, Nur Dhia turut memuatnaik salinan laporan polis yang dibuatnya terhadap lelaki tersebut.

Posting tersebut menjadi tular dan mendapat perkongsian sebanyak 18,490 di Facebook.

Netizen turut mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan sebagai biadap.

Maimunah Johari berkata:"You memang strong mother.. nasib baik you jenis garang dan berani... tapi luka c-section you tak baik lg tu... sila tambah lagi tempoh berpantang supaya luka tu sembuh.. i naik darah tengok jantan lalok tu... harap dia tertangkap sebab mencederakan dan mengugut. Memag kes polis dah ni."

AshiLa Izz berkata: "Ya Allah Dhila, moga Allah lindungi awak dan anak-anak dah la jab jauh. Berdebar akak baca dik oi. Take care Dhila awak masih baru berpantang tu. Bahaya ni takut dia cari kemudian hari."

Tags / Kata Kunci: ibu berpantang , PDRM

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan