‘Azman Pengemis Siber’ Buat Hal Lagi

Diterbitkan: Rabu, 12 Julai 2017 11:25 AM

Asmah (kanan) bersama keluarganya dan anaknya, Aqil Muhammad Zaki (tengah) yang menghidapi kanser tulang tahap empat. - Facebook/Asmah Jamien

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas laman sosial Facebook palsu yang dikendalikan 'Azman Pengemis Siber' disekat oleh pentadbirnya, lelaki itu yang tidak serik-serik dengan perbuatan tersebut tidak menunggu lama untuk membuka akaun palsu baharu bagi memperdaya orang ramai.

Mangsa, Asmah Jamien, 43, mendedahkan mengenai perkara itu kepada mStar Online dan berharap agar pihak polis segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut.

"Tak mungkin semua 'anak' dia sakit kronik, berani pula tu guna gambar anak orang lain untuk kutip derma dengan menggunakan modal ayat sedih untuk meraih simpati orang ramai.

"Sampai bila nak biarkan dia terus menipu? Sebelum ini, Azman Abdullah itu guna nama dan gambar anak saya untuk kutip derma sebanyak RM500,000, walhal kos perubatan anak saya ditanggung Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Kata Asmah, Azman meletakkan nombor akaun bank yang sama pada semua entri yang ditulisnya di kedua-dua laman facebook palsu berkenaan.

Taktik terbaharunya, Azman dikesan menggunakan akaun Facebook, Harian Metro Online My untuk mengutip derma sebanyak RM75,000 ke atas kanak-kanak bernama Dhia Aisha Azman yang mengalami kerosakan hati dan jantung.

Posting dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Harian Metro Online MY yang palsu.


Gambar kanak-kanak, Dhia Aisya yang dipergunakan oleh Azman untuk mengutip derma melalui Facebook.

Akaun palsu tersebut yang dipercayai baru didaftarkan pada Selasa sudah mempunyai 162 pengikut, namun entri mengenai adik Dhia Aisha sudah menerima 5,900 tanda suka, 1,823 perkongsian dan 707 komen.

Terdahulu, Azman menggunakan akaun Sinar Harian Online palsu untuk mengutip derma ke atas beberapa orang kanak-kanak, namun akaun tersebut dipercayai sudah disekat selepas taktik jahatnya itu terbongkar.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sindiket mengutip derma melalui laman sosial dan melaporkan akaun yang mencurigakan kepada pihak Facebook.

Tags / Kata Kunci: Azman Abdullah , Facebook palsu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan