“HB Tu Apa?” – Tun M

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 6:42 PM

Pasangan serasi sepanjang zaman, Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Twitter/Marina Mahathir

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tweet balas tiga perkataan yang cuma mengandungi lapan aksara daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada seorang pengguna Twitter mencuit hati netizen.

Pengguna berkenaan, Azmi Ramli mengucapkan 'HB Tun' kepada bekas pemimpin itu sempena sambutan ulang tahun yang ke-92 pada Selasa.

Dr Mahathir yang dipercayai tidak memahami slanga Internet itu bertanya kembali kepada Azmi Ramli: "HB tu apa?"

Setakat ini, tweet tersebut yang dibalas pada pukul 5.58 petang Selasa sudah mendapat 686 ulang kicau (retweet) dan 489 tanda suka.

Sementara itu, Caleb Badrul menjelaskan kepada Dr Mahathir bahawa tweet berkenaan merupakan gaya ucapan hari jadi alaf baharu.

Manakala @iamkabin pula menulis: "Bahasa alaf baharu. Kerana kami memang pemalas begitu. Selamat ulang tahun Tun!"

Bekas perdana menteri Malaysia yang memerintah selama 22 tahun itu dilahirkan pada 10 Julai 1925.

Terdahulu, Dr Mahathir memuat naik di Twitter gambarnya dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menunjukkan hidangan pulut kuning sempena hari jadinya.

"Sambutan Hari Jadi ke-92? Saya rasa mereka salah orang. Saya baru 29 tahun.

"Terima kasih diatas ucapan dan doa yang diberikan," tweet beliau.

Tags / Kata Kunci: Tun M

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan