Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu - Berita Semasa | mStar

Saya Tak Percaya Thaqif Maut Akibat Kencing Tikus - Ibu

Diterbitkan: Selasa, 11 Julai 2017 10:54 AM

Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Ibu kepada pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi tidak mempercayai anaknya maut disebabkan leptospirosis (penyakit kencing tikus), walaupun keputusan laporan bedah siasat menyatakannya sebagai punca kematian.

Felda Wani Ahmad, 40, berkata dia akan mendapatkan nasihat guaman.

“Kami tidak menerima sebarang berita daripada Jabatan Kesihatan berhubung keputusan bedah siasat.

“Kami mengetahui perkara ini daripada wartawan yang menghubungi kami,” katanya sambil menambah bahawa semua ibu bapa akan berasa sedih berdepan dengan situasi tersebut.

Dalam pada itu, Felda mempersoalkan mengapa proses pengesahan punca kematian anaknya mengambil masa lama.

“Pihak hospital telah mengambil sampel dari kaki anak saya ketika dia masih hidup dan mereka mengambil masa dua bulan untuk mengenal pasti punca kematiannya,” ujarnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Thaqif meninggal dunia kerana leptospirosis dan beberapa kerumitan lain. 

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail di sini pada 26 April lalu sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya, yang dijangkiti bakteria selepas cedera dipercayai didera pembantu warden terbabit.

Sebelum itu, kedua-dua kaki pelajar itu telah dipotong akibat jangkitan sama. 

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan